PANTUN
Fenomena berpantun di facebook I ♥ PAHANG telah dicetuskan oleh beberapa orang rakan yang mana kami berpendapat ianya merupakan satu budaya yang sihat. Semoga fenomena ini dapat memperkasakan lagi adat dan budaya Melayu.
Lanjutan dari fenomena tersebut, memberi kami ilham untuk berkongsi Pantun Pahang hasil nukilan seorang Budayawan Pahang, Allahyarham Dato' Zakaria Hitam atau Pak Zek. Di sini kami kongsikan pantun-pantun karya Allahyarham.
Jangan lupa klik (LINK DI FACEBOOK) untuk membaca komen-komen yang semuanya dalam bentuk pantun... Orang Pahang memang berbakat...
KATA-KATA ALUAN (LINK DI FACEBOOK)
1
Dari Pedah mudik ke Mela
Mudik singgah di Pasir Tambang
Dengan Bismillah pantun dimula
Pantun mengisah riwayat Pahang
(LINK DI FACEBOOK)
2
Dari Telang hilir ke Langgar
Hilir membawa kayu gaharu
Negeri Pahang negeri terbesar
Di Semenanjung Tanah Melayu
(LINK DI FACEBOOK)
3
Dari Benta ke Tanjung Besar
Singgah makan di pekan Budu
Bukan sahaja negeri terbesar
Bahkan terkenal dari zaman batu
(LINK DI FACEBOOK)
4
Dari Kelola ke Sungai Mat Dulang
Hilir singgah di Sungai Duri
Bilakah Pahang diterokai orang
Tuhan sahaja Yang Mengetahui
(LINK DI FACEBOOK)
5
Dari Lebu ke Bukit Kota
Singgah sebentar di pekan Benta
Perkakas batu banyak terjumpa
Alamat penghuni dah lama ada
(LINK DI FACEBOOK)
6
Dari Dumba ke Tanjung Bayan
Singgah makan di Letak Kelibat
Perkara yang nyata dapat di kesan
Sepasang nesan yang bersurat
(LINK DI FACEBOOK)
7
Singgah makan di Letak Kelibat
Lepas makan terus berjalan
Sepasang nesan yang bersurat
Di Permatang Pasir, mukim Pekan
(LINK DI FACEBOOK)
8
Dari Budu ke Lubuk Sengarat
Berhenti penat di Jambu Rias
Nesan batu yang bersurat
Menyatakan awal kurun sebelas
(LINK DI FACEBOOK)
9
Dari Serli ke Tanjung Jati
Singgah sebentar di pekan Benta
Sebagai negeri terbesar sekali
Di dalamnya terdapat serbaneka
(LINK DI FACEBOOK)
10
Dari Sanggang ke Pulau Dedari
Singgah menjala di Batu Sawar
Sungai Pahang yang terpanjang sekali
Ialah juga yang terbesar
(LINK DI FACEBOOK)
11
Dari Pekan ke Pasir Mandi
Singgah bermalam di Kuala Bera
Gunung Tahan tertinggi sekali
Terletak dalam Taman Negara
(LINK DI FACEBOOK)
12
Singgah bermalam di Kuala Bera
Bila siang mudik semulaTerletak dalam Taman Negara
Tempat perlindungan mergastua
(LINK DI FACEBOOK)
13
Dari Jelam hilir ke Tebat
Singgah menjala di Tanjung BeranganDi dalamnya ada terdapat
Tiga buah bukit peranginan
(LINK DI FACEBOOK)
14
Dari Mentiga ke Tanjung Batu
Mudik singgah di Teluk MelatiDi antara ketiganya itu
Cameron Highlands terkenal sekali
(LINK DI FACEBOOK)
15
Dari Dumba ke Kampung Tekek
Dari sana ke Tanjung KelapaTerdapat juga tiga buah tasik
Semuanya terkenal belaka
(LINK DI FACEBOOK)
16
Dari Kelola ke Tanjung Selangor
Singgah sembahyang di BelangkaBera, Chini dan Paya Bungor
Tasik Chini yang terkemuka
(LINK DI FACEBOOK)
17
Dari Lanjut ke Kuala Reman
Singgah bermalam di SedimanDi lautnya pula Pulau Tioman
Pulau terkenal zaman berzaman
(LINK DI FACEBOOK)
18
Dari Senggora pergi ke Benta
Hendak menjala singgah di LamirPunca hasilnya bermacam pula
Dari muka dan di dalam bumi
(LINK DI FACEBOOK)
19
Dari Lamir pergi ke Sepat
Singgah makan di Lampung BentanDi muka bumi banyak terdapat
Tanam-tanaman dan kayu kayan
(LINK DI FACEBOOK)
20
Dari Serengkam ke Sungai Dua
Singgah bermalam di BerogaDi dalam bumi pelbagai pula
Timah, emas, besi dan tembaga
(LINK DI FACEBOOK)
21
Dari Belatung ke Sungai Pakat
Singgah bermalam di Tanjung RumbiaDi lombong bijih ada terdapat
Kolong terdalam di dalam dunia
(LINK DI FACEBOOK)
22
Dari Bentan ke Kampung Sepat
Berhenti penat di Kampung SeranduDi hutan rimbanya banyak terdapat
Gajah, seladang dan badak sumbu
(LINK DI FACEBOOK)
23
Dari Pelangai ke Lubuk Belida
Singgah berehat di pekan SegaDi sungai-sungainya pula
Terdapat kelah, jelawat dan kelisa
(LINK DI FACEBOOK)
24
Dari Beluru ke Kampung Bintang
Singgah bertanak di Pulau MalangDari dahulu hingga sekarang
Penduduknya ramai yang terbilang
(LINK DI FACEBOOK)
25
Dari Pianggu ke Kuala Bera
Pergi menempuh Kuala SedimanZaman dahulu dengan wira-wira
Masa ini dengan seniman
(LINK DI FACEBOOK)
26
Dari Pelangkah ke Pulau Tambang
Mudik bergalah menyusur PeramuDemikian kisah Negeri Pahang
Nama timangan Darul Makmur
(LINK DI FACEBOOK)
27
Dari Songsang ke Peramu
Singgah mandi di Pulau RusaInilah Pahang Darul Makmur
Yang mengganti Inderapura
(LINK DI FACEBOOK)
28
Dari Beserah ke Pulau Teja
Singgah makan di PeramuYa Allah, Yang Maha Kuasa
Peliharalah Pahang Darul Makmur
(LINK DI FACEBOOK)
29
Dari Juara belayar ke Nipah
Singgah mengail di Tanjung BirahSekian saja pantun digubah
Disudahi dengan Alhamdulillah
(LINK DI FACEBOOK)
30
Lubuk Lian Tanjung Beliku
Orang menjala sepanjang Pantai
Janji dahulu tidak begitu
Bunga mala sama di pakai
(KOMEN DI FACEBOOK)
31
Marilah tuan menanam serai
Marilah tanam di Kuala Batu
Hajat hati tak mahu bercerai
Kuasa Allah siapa tahu
(KOMEN DI FACEBOOK)
32
Bukit Gebuk gunung daerah
Nampak dari Pulau Pesagi
Tuan dah dapat gading bertuah
Tanduk tidak berguna lagi
(KOMEN DI FACEBOOK)
33
Sungai Genuk Sungai Mat Dulang
Yang ketiga Pulau Keladi
Badan gemuk tinggal tulang
Rindu menggoda di pintu hati
(KOMEN DI FACEBOOK)
34
Gunung Cini tingkat sembilan
Tempat orang bertanam kelapa
Adik tinggal jangan kelindan
Abang pergi tidak mengapa
(KOMEN DI FACEBOOK)
35
Dari Sekukuh mudik ke Benta
Mudik dengan perahu galah
Kalau sungguh bagai dikata
Badan dan nyawa sanggup kuserah
(KOMEN DI FACEBOOK)
36
Bukit Gebuk gunung melintang
Tampak dari Pulau Pesagi
Adik duduk sanggul melintang
Bagai bunga kembang pagi
(KOMEN DI FACEBOOK)
37
Kampung Kiambang di Gancong Hilir
Di sana banyak hidup jerejak
Saya umpama kiambang di air
Sungguhpun hidup akar tak jejak
(KOMEN DI FACEBOOK)
38
Mudik berlima ke Kampung Pejing
Naik ke darat terus ke huma
Saya umpama aur di tebing
Tanah runtuh saya pun sama
(KOMEN DI FACEBOOK)
39
Dari Penyur pergi ke Gemas
Singgah di Pekan mengambil kapak
Saya seperti nyiur diramas
Habis santan hampas dicampak
(KOMEN DI FACEBOOK)
40
Orang berhuma di Paya Ketapi
Huma tak jadi paya ditinggal
Saya seperti beras ditampi
Beras diambil sekam ditinggal
(KOMEN DI FACEBOOK)
41
Ramai orang berhuma di Belatong
Dilanda bah padi sambang
Saya seperti ayam di lesung
Bila dihalau terpaksa pulang
(KOMEN DI FACEBOOK)
42
Orang merumput di Berhala Gantang
Ada bercakap ada bertanya
Saya melukut di tepi gantang
Ada tak ada tiada bezanya
(KOMEN DI FACEBOOK)
43
Dari Sekukuh mudik ke Teluk
Dengan perahu muat berdua
Biasa buluh dikerit bubuk
Sekarang kayu pula diduga
(KOMEN DI FACEBOOK)
44
Dari Benta ke Kuala Lipis
Mari bawa buah bidara
Berhadapan saja mulutnya manis
Paling belakang lain bicara
(KOMEN DI FACEBOOK)
45
Dari Benta ke Pulau Rusa
Singgah makan di Pahang Tua
Ada masa ada ketika
Ular lidi menelan naga
(KOMEN DI FACEBOOK)
46
Dari Bera hilir ke Tanjung
Dari sana terus ke Penyagu
Kalau tidak dipecah ruyung
Macam mana mendapatkan sagu
(KOMEN DI FACEBOOK)
47
Dari Bera hilir ke Pekan
Hilir membawa buah berangan
Walaupun hidup dalam kemewahan
Kalau tak pakat orang tak segan
(KOMEN DI FACEBOOK)
48
Tanjung Medang pasirnya luas
Bertentang dengan Air Berbagi
Usah dikenang masa yang lepas
Masa yang ada mesti jagai
(KOMEN DI FACEBOOK)
PANTUN
Reviewed by ILOVEPAHANG
on
April 23, 2011
Rating: