GAMBAR SEJARAH & KESULTANAN PAHANG

Assalamualaikum buat rodong2 semer...hak pertame nyer admin nok ngucap bebanyok2 trime kaseh pader sorang rodong kiter nih hak rajin nge-post gambor, artikel berkenaan Kesultanan Pahang kat wall facebook I ♥ PAHANG...jadinyer hari ni admin nok nyimpan amender hak teloh di-post oleh saudare Saya Ialah Zul kat dalam blog nih...moge lepas2 nih ander la lagi rodong2 lain nge-post tentang hak berkenaan negeri Pahang kiter nih...boleh la samer2 kiter menimbe pengetahuan yakkk...nak ngarap ke admin, admin bukannyer tahu belake wehhh...hehehe :)

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al Mustain Billah dianugerahkan DK Perak dari Paduka Ayahanda Saudara baginda, DYMM Paduka Seri Sultan Al Marhum Sultan Idris Al Mutawwakkil AlAllahi Shah Sultan Perak.

Kereta Bentley milik Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang

DULI YANG MAHA MULIA AL-MARHUM SULTAN ABU BAKAR RI'AYATUDDIN AL-MU'ADZAM SHAH IBNI AL-MARHUM SULTAN ABDULLAH AL-MU'TASIM BILLAH (DK.,SIMP.,DMN.,DK [BRUNEI].,DK [JOHOR].,DK [KEDAH].,DK [PERAK].,SPDK [SABAH].,GCMG.

Kereta Roll Royce rasmi milik Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang

Pesawat khas Royal Pahang

Setem Kenang-Kenangan sempena memuliakan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang ke 80. Ini merupakan salah satu setem dalam koleksi sempena hari keputeraan baginda.

Dato Setia Wangsa Sir Mahmud Bin Mat merupakan Menteri Besar Pahang yang pertama. Beliau juga merupakan antara golongan melayu pahang terawal yang bijak pandai dan berpendidikan tinggi.

Beliau merupakan YDH Orang Kaya Indera Shahbandar Pahang, Dato Hussien Bin Awang Mohd Taib. Beliau merupakan ayahanda kepada YAB Tun Haji Abdul Razak dan nenda kepada YDH OKIS Pahang, Dato Sri Mohd Najib. Keturunan beliau merupakan golongan bangsawan dari turun temurun.

Darjah Kebesaran Pahang Darjah Kerabat Yang Maha Utama Kerabat Di Raja Pahang (DKP). Ia diterhadkan hanya kepada Sultan dan Pemerintah Pahang sahaja.Darjah Ini telah dizahirkan pada tahun 1977.

Darjah Sri Diraja Sultan Ahmad Pahang (SDSA) yang membawa gelaran Dato Sri Diraja. Ia dizahirkan pada tahun 2010. Penerima pertama gelaran ini adalah YAB Menteri Besar Pahang, Dato Sri Diraja Haji Adnan Bin Haji Yaakob.

Pingat Pertabalan Sultan Ahmad Shah. Ia dizahirkan sempena pertabalan baginda sebagai Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Ke-7 pada 1980.

Keris dan Pedang kerajaan merupakan alat kebesaran Diraja Pahang atau dipanggil Royal Regalia. Ia akan dibawa oleh Bentara-bentara semasa adat istiadat Diraja seperti penganugerahan 
Bintang dan Darjah Kebesaran Pahang dan lain-lain.

P/S: Sekiranya ada maklumat yang tidak tepat dan salah, admin terlebih dahulu memohon maaf dan sesiapa ingin menambah maklumat bolehlah berbuat demikian dengan memberi komen dibawah artikel. Semoga dengan maklumat SEJARAH KESULTANAN PAHANG ini dapat memberi pengetahuan dan manfaat kepada kita semua.
GAMBAR SEJARAH & KESULTANAN PAHANG GAMBAR SEJARAH & KESULTANAN PAHANG Reviewed by ILOVEPAHANG on April 29, 2011 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.