7 Adab Penting Ke Rumah Terbuka

Sempena musim raya ni, pastinya ramai yang dapat jemputan ke rumah terbuka kan? Terutamanya pada cuti hujung minggu ni kan? Dalam sehari ada sampai 3-4 jemputan dapat.

Sebagai peringatan kita bersama, disini ada 7 perkara yang mesti dijaga semasa pergi ke rumah terbuka :)


PERTAMA
● Jaga niat dan tujuan
Kenapa kita pergi rumah terbuka? Adakah ingin merapatkan silaturrahim dan saling bermaafan atau untuk memperagakan dan menunjuk-nunjuk baju raya kita yang paling cantik dan mahal pula. AWAS! Tolong jaga niat anda.

KEDUA
● Jaga aurat
Cuba tengok di cermin. Pakaian yang macamana yang anda pakai? Adakah pakaian anda betul-betul menutup aurat? Adakah ianya menepati syariat? Dan adakah pakaian anda menepati adab dan tatasusila? INGAT! Jangan sesekali bermegah dengan apa yang anda pakai. Kerana sampai satu masa nanti, kain putih sajalah yang meliputi tubuh anda...

KETIGA
● Jaga masa
Sebelum pergi ke rumah terbuka, hubungi dan maklumkan dulu pukul berapa anda dijangka akan sampai. Supaya tuan rumah dapat membuat persediaan yang sepatutnya. Bila dah beritahu waktu sekian-sekian, tepatilah masa itu. Jangan datang ikut sedap anda saja.

KEEMPAT
● Jaga Solat
Ada orang sibuk kesana kemari mengunjungi rumah terbuka sampai solat dia terlupa. Ada orang pakai baju comel-comel, pakai 'make-up' tebal-tebal sampai nak ambil air sembahyang pun dia tak mahu sebab lebih sayangkan 'make-up'nya. Si tuan rumah pula sibuk ke dapur ke ruang tamu melayan tetamu sampai terlupa waktu solat telah berlalu. TOLONG YER! Solat itu PALING UTAMA. Jangan kita duk sibuk berumah terbuka, tapi solat tergadai. Takda maknanyer...



KELIMA
● Jaga akhlak dan tatasusila
Kita ada banyak adab dan tatasusila yang mesti diamalkan apabila berkunjung ke rumah orang. Antaranya ialah :-
  1. Memberi salam dan bersalaman - Beri salam dengan baik dan jelas. Jangan bersalaman dengan orang yang bukan mahram dengan kita.
  2. Meminta izin untuk masuk - Mintalah izin dengan penuh hormat
  3. Memendekkan tempoh ziarah - Janganlah duduk melepak rumah orang sampai berjam-jam (Tak reti nak balik). Agak-agaklah sikit...
  4. Mengawal pandangan - Mata tu cuba 'control' yer. Jangan melilau-lilau memandang ikut suka hati jer. Tenung sana, jeling sini. Islam menegah kita dari memandang sana sini (meneroka) dalam rumah orang secara berlebihan.
  5. Merendahkan suara - Kot yer pun seronok berbual, cubalah 'control' sikit 'volume' suara anda. Jangan mengganggu ketenteraman orang lain. Hormatilah tetamu lain juga.
  6. Meminta izin apabila hendak balik - Kalau dah nak balik tuh, 'at least' cakap la elok-elok pada tuan rumah. Jangan lah main terus 'blah' jer.
  7. Bersalaman dan beri salam sebelum balik - Lepas dah minta izin nak balik, bersalaman la dengan tuan rumah. Dan ucapkan salam dengan penuh rasa hormat.




KEENAM
● Jaga adab makan
Adab makan nih banyaklah kalau nak sebut satu-persatu. Tapi yang penting, janganlah anda berebut-berebut semasa mengambil makanan. Rileks la. Kalau dah rezeki anda tu, tak kemana beb. Jika perlu beratur, beraturlah mengikut giliran. Dan kalau ambil makanan tu, jangan ambil banyak sangat. Nampak sangat anda tamak. Ambillah dengan kadar sederhana saja. Dan bacalah Bismillah, bacalah doa makan dan makanlah dengan penuh beradab.



KETUJUH
● Jaga mulut
Lepas dah pergi rumah terbuka, Jangan lah kita sibuk duk membanding-banding pula. "RUMAH ORANG NIH BEST", "RUMAH ORANG TU MAKANAN TAK CUKUP", "RUMAH ORANG SANA JAMU MEE GORENG JE", "RUMAH ORANG SINI AIR TAK SEDAP LA"...dan macam-macam lagi 'komplen' lah. Takyah la kita gi 'compare' sana sini. Bersyukurlah dengan apa yang dijamu. Terimalah seadanya apa yang disediakan oleh tuan rumah atau pihak yang menganjurkan. Sedarlah bahawa Allah SWT tidak menilai sesuatu perbuatan itu melainkan akan dilihat terlebih dahulu niat dihati.



Itulah 7 perkara yang mesti kita jaga jika kita menghadiri mana-mana majlis RUMAH TERBUKA atau menghadiri mana-mana majlis pun, terutama sekali sepanjang menyambut HARI RAYA AIDILFITRI ini.

Semoga panduan ringkas ini memberi manfaat kepada kita semua. Apa yang penting ialah kehadiran kita dimajlis rumah terbuka akan MENGGEMBIRAKAN tuan rumah dan MENGERATKAN TALI SILATURRAHIM sesama kita. 

Kandungan didalam artikel ini telah diambil dari Blog Pakar HowTo

7 Adab Penting Ke Rumah Terbuka 7 Adab Penting Ke Rumah Terbuka Reviewed by ILOVEPAHANG on September 10, 2011 Rating: 5
Powered by Blogger.