Searching...
Friday, May 6, 2011

KELUARGA DIRAJA PAHANG



Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang memiliki sifat-sifat yang ada pada seorang bapa dan ketua keluarga. Baginda amat penyayang serta bertanggungjawab memberikan didikan dunia dan akhirat kepada anak-anak Baginda.

Hasil daripada perkongsian hidup dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Marhumah Tengku Ampuan Afzan binti Al-Marhum Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad, Baginda telah dikurniakan oleh Allah tujuh orang putera dan puteri. Manakala perkahwinan Baginda dengan Sultanah Hajjah Kalsom pula dikurniakan seorang putera.

Susunan mengikut kedudukan sebenar dalam keluarga DiRaja.

Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Lela Wangsa Pahang, Tengku Tan Sri Hajjah Meriam Binti Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah (DK., SIMP., PSM., JP.)

Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Teja Pahang, Hajjah Tengku Dato' Muhaini Binti Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah (DK., SIMP.) 

Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Kemala Pahang, Tengku Dato' Hajjah Aishah Binti Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah (DK., SIMP.)

Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Shah (DK., SSAP., SIMP., DK [TERENGGANU]., DK [JOHOR]., SPMJ.)

Yang Amat Mulia Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah (DK., SSAP.)

Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Lela Manja Pahang, Tengku Dato' Hajjah Nong Fatimah Binti Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah (DK., SIMP.)

Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Bongsu Pahang, Tengku Dato' Hajjah Shahariah Binti Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah (DK., SIMP.)

Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggung Pahang, Tengku Fahd Mua'adzam Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah