INTRO



Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera kepada semua warga I ♥ PAHANG yang amat kami kasihi. Semoga anda berada di dalam keadaan yang sejahtera walau di mana sahaja anda berada. Kami pasti jiwa anda tetap sayangkan Negeri Pahang Darul Makmur yang anda cintai ini, walaupun kaki anda tidak berpijak di bumi Pahang Darul Makmur.

Kami sebagai Admin Fan Page I ♥ PAHANG mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kerana anda sudi menjadikan Fan Page I ♥ PAHANG sebagai salah satu daripada Page anda.

Memang menjadi matlamat kami untuk menjadikan I ♥ PAHANG sebagai tempat untuk anda bersantai di alam siber sambil menimba ilmu pengetahuan tentang isu-isu semasa amnya dan informasi tentang Negeri Pahang khasnya.

Bukan bermaksud anda semua cetek ilmu pengetahuan, tetapi mungkin anda terlepas pandang informasi-informasi terkini Negeri Pahang yang kita cintai.

Kami, sebagai Admin Fan Page I ♥ PAHANG seboleh-bolehnya cuba mencari info-info tentang Negeri Pahang untuk kita kongsikan bersama. Kami tidak dibayar gaji untuk melakukan semua itu, tetapi hanyalah sebagai satu tanggungjawab sosial kami yang nilainya tidak seberapa.

Anda boleh melihat pautan di sebelah kanan blog ini untuk mengikuti 'AYAT PAHANG' dan 'PANTUN PAHANG' yang telah kami postkan di wall. Dan jangan lupa untuk klik 'LINK DI FACEBOOK' untuk membaca komen dari rakan-rakan dan juga pantun-pantun yang dihasilkan oleh rakan-rakan yang cukup berbakat. Bersama-samalah kita menjunjung warisan budaya ini supaya ianya tak luntur.

Anda dialu-alukan mengulangi blog ini seberapa kerap yang anda mahu kerana kami akan sentiasa mengemaskini maklumat-maklumat yang penting untuk kita kongsikan bersama.Kami akan sentiasa mengemaskini loghat-loghat Pahang yang telah kita bincangkan di wall Facebook Fan Page I ♥ PAHANG.

Fan Page I ♥ PAHANG ,di terajui oleh tiga orang Admin iaitu Admin Z (Creator Fan Page), Admin A dan juga Admin M (Creator Blog). Kami secara sukarela bergilir-gilir membuat posting di wall dan membuat komen kepada posting anda. Disebabkan kami bukanlah mahu mengejar populariti dan mencari publisiti maka kami telah 'remove' Label Admin dari blog ini. Biarlah kewujudan kami menjadi rahsia. 

Kami juga dari masa ke semasa akan mengeluarkan produk-produk cenderahati untuk kita kongsikan bersama dengan harga yang berpatutan. Buat masa ini kami masih di dalam proses 'Designing dan Branding' produk-produk tersebut.
INTRO INTRO Reviewed by ILOVEPAHANG on April 22, 2011 Rating: 5
Powered by Blogger.