Assalamualaikum...
Petang nih koi nok berkongsi satu artikel yg diambik dari satu blog...Koi tok uboh atau menokok namboh pon artikel nih...niat hanye nok berkongsi dgn aokmer semer...Kalau rajin, bace la...Kalau malas nok goner kan dak...Setuju atau tok setuju dgn artikel nih terpulang pader masing2.. :)
Berikut ini saya kongsikan statistik realiti keadaan umat Islam di Malaysia. Baca dan renungkan bersama. Kemudian, tanya diri kita termasuk dalam golongan yang mana? Dan tanya diri, apakah yang kita lakukan untuk memperbaiki keadaan itu?
Petang nih koi nok berkongsi satu artikel yg diambik dari satu blog...Koi tok uboh atau menokok namboh pon artikel nih...niat hanye nok berkongsi dgn aokmer semer...Kalau rajin, bace la...Kalau malas nok goner kan dak...Setuju atau tok setuju dgn artikel nih terpulang pader masing2.. :)
Berikut ini saya kongsikan statistik realiti keadaan umat Islam di Malaysia. Baca dan renungkan bersama. Kemudian, tanya diri kita termasuk dalam golongan yang mana? Dan tanya diri, apakah yang kita lakukan untuk memperbaiki keadaan itu?
- 50% sahaja umat Islam di Malaysia memiliki Al-Quran dirumah dan hanya 5% membacanya dan 1% lagi membaca tafsirannya atau menghafalnya.
- 80% umat Islam memiliki decoder ASTRO dan hanya 5% menonton ASTRO OASIS.
- 70% umat Islam tertarik dengan perkara yang membawa kepada "KARNIVAL" atau unsur yang membawa kepada hiburan.
- 50% menyokong program seperti Akademi Fantasia, Mentor dan juga rancangan yang seumpamanya.
- Hanya 10% umat Islam dari satu taman perumahan yang membantu masjid atau surau disebuah kawasan.
- Hanya 20% yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama.
- 80% remaja hari ini tidak reti atau tidak pandai mengaji.
- 90% remaja atau kaum wanita suka berseluar panjang dan memakai T-Shirt.
- 80% pasangan baru yang belum berkahwin akan menonton wayang setiap bulan di panggung wayang.
- 95% umat Islam tidak pernah mencari atau pergi ke kelas mengaji untuk mendalami ilmu agama Islam itu sendiri.
- 95% wali kepada pengantin perempuan tidak tahu syarat-syarat sah mewalikan anak mereka dan 99% bapa menyerahkan pernikahan anak mereka kepada berwalikan imam.
- 100% anak-anak umat Islam bawah 12 tahun cenderung kepada kartun seperti Ultraman, Mask Rider, Digimon, Pokemon dan banyak lagi kartun seperti ini yang unsurnya merosakkan minda.
- 50% umat Islam adalah kaki botol dan minum arak.
- 50% pasangan yang telah berkahwin dan mempunyai anak mengaku mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain dan mempunyai tabiat melanggan pelacur.
- 90% cenderung kepada keduniaan dengan ingin memiliki rumah dan kereta mewah dan duit yang banyak.
- Hanya 30% umat Islam lelaki menunaikan Solat Jumaat pada setiap minggu.
- 3% umat Islam menunaikan Solat Subuh secara berjemaah di masjid atau di surau setiap hari.
- 90% umat Islam tidak ambil tahu tentang soal kejiranan atas konsep tidak suka jaga tepi kain orang.
- Hanya 10% umat Islam yang akan membantu saudaranya yang lain terutamanya dalam soal duit.
- Dan hanya 1% sahaja umat Islam yang mengetahui Sifat 20 dalam Ilmu Ketuhanan.
- 90% umat Islam percaya, faham, berkehendak, terikut-ikut kepada benda yang Tahyul, Pelindung diri, Pelaris perniagaan, Tarik duit, Seri muka, Kebahagiaan rumahtangga, Santau, Pukau dan semua elemen yang menjuruskan Syirik kepada Allah.
Saya paparkan semua statistik diatas adalah usaha untuk menyedarkan diri saya sendiri dan saudara saudari tentang betapa kroniknya kefahaman Islam di negara kita hari ini. Dari peratusan yang tinggal, berapakah yang boleh digolongkan kepada "orang muqmin" dan berapakah yang boleh digolongkan sebagai "mahkluk"...
Sama-samalah kita buat kiraan untuk diri sendiri...
Yang paling penting, selepas kiraan dibuat adakah kiraan itu dapat menyedarkan dan mendekatkan kita dengan ALLAH SWT...
Wallahua'alam...
Sumber: Blog PakarHowTo
Realiti kehidupan umat Islam di Malaysia (Baca dan renungkan)
Reviewed by ILOVEPAHANG
on
July 21, 2011
Rating: