ASSALAMUALAIKUM dan SELAMAT SEJAHTERA pade semua rodong2 koi...Hari nih sempena sambutan HARI GURU, koi nak berkongsi kisah seorang GURU yang menyampaikan satu bentuk pengajaran kepada anak-anak muridnya yang mana kisah ini bukan saje boleh menyedarkan anak-anak muridnya tentang permasalahan yang melanda dalam masyarakat Islam masa kini, malah kiter sebagai orang dewasa pon akan turut bersetuju dengan ape yang telah disampaikan oleh GURU berkenaan...mudah-mudahan kiter akan dapat 'menangkap' mesej yang ade dalam cerita ini...INSYAALLAH!
Didalam sebuah kelas...
Seorang guru sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pensil. Guru itu berkata, “Saya ada satu permainan…Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pensil. Jika saya angkat kapur ini, maka kamu semua berkatalah “Kapur!”, jika saya angkat pensil ini, maka kamu semua berkatalah “Pensil!”
Murid-muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, “Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka kamu semua sebutlah “Pensil!”, jika saya angkat pensil, maka kamu semua katakanlah “Kapur!”. Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kikuk, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kikuk. Selang beberapa saat, permainan berhenti.
Guru tersebut tersenyum kepada murid-muridnya lalu berkata. “Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh-musuh kita memaksakan kepada kita dengan pelbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pada mulanya mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus-menerus di-sogok, di-sosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kita akan terbiasa dengan hal itu. Dan seterusnya kita mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kita tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan waktu.
“Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang susah. Zina tidak lagi jadi persoalan. Pakaian seksi menjadi hal yang lumrah tanpa rasa malu. Mengadakan hubungan seks sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend. Hiburan yang asyik dan melalaikan sehingga melupakan yang wajib adalah biasa. Materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain.” kata guru tersebut.
“Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disadari, kita sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham semua?” tanya Guru kepada murid-muridnya. “Faham Cikguuuu…”
Lalu guru tersebut menyambung, “Baik! permainan kedua…”
Guru itu pun berkata, “Ini ada Al-Qur’an, saya akan meletakkannya di tengah-tengah karpet. Sekarang kamu semua berdiri diluar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya kamu ingin mengambil Al-Qur’an yang ada ditengah karpet tanpa perlu memijak karpet?”
Murid-muridnya pun berpikir. Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan macam-macam cara lagi.
Setelah lama murid-muridnya memikirkan cara untuk mendapatkan Al-Quran tanpa perlu memijak karpet, akhirnya guru tersebut memberikan jalan keluar dan jawapannya. Lantas guru itu menggulungkan karpet, dan ia ambil Al-Qur’an tersebut. Cara guru itu memenuhi syarat, lansung tidak memijak karpet. Kemudiannya guru itu berkata, “Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya. Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak kita dan agama kita secara terang-terangan, kerana tentu kita akan menolaknya mentah mentah. Sesiapa pun tidak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tetapi mereka akan menggulung dan memesongkan kita secara perlahan-lahan dari pinggir, iaitu secara halus sehingga kita semua tidak sedar.
“Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka buatlah rumah itu dengan struktur yang kuat dan kukuh. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah Aqidah yang kuat. Begitulah yang dilakukan oleh musuh-musuh kita...Jika mereka ingin merobohkan sebuah rumah sekaligus, tentu susah bukan? Kalau dimulai dgn strukturnya dahulu tentu agak rumit, jadi mereka akan keluarkan hiasan-hiasan yang ada didalam rumah, keluarkan perabut-perabut dan segala macam barang yang ada barulah mereka akan merobohkan rumah itu satu persatu dengan mudah...Begitulah ibaratnya..."
“Dengan cara demikianlah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Mereka tidak akan menghentam secara terang-terangan, tetapi ia akan perlahan-lahan mempengaruhi kita. Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun kita seorang Muslim, tetapi kita telah pun meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka…Dan itulah yang mereka sangat inginkan. Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh-musuh kita… ”, terang guru itu panjang lebar kepada murid-muridnya.
Lalu seorang anak muridnya bertanya, “Kenapa mereka tidak memijak, menyerang dan menghentam kita secara terang-terangan, cikgu?”
Dengan tenang guru itu menjawab, “Sesungguhnya dahulu mereka telah pun secara terang-terangan menyerang, misalnya apa yang terjadi didalam Perang Salib. Begitulah kita umat Islam, kalau diserang perlahan-lahan, kita tidak akan sedar, dan akhirnya hancur. Tetapi kalau kita diserang serentak secara terang-terangan, kita pasti akan bangkit serentak, dan waktu itu baru kita akan sedar...Faham?”.
"Faham cikguuu...", jawab murid tersebut...
“Baiklah, kalau begitu kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan marilah kita berdoa dahulu sebelum pulang…”
Matahari bersinar terik takala murid-murid itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan fikiran masing-masing di kepala…
Begitulah cerita yang disampaikan oleh GURU tersebut kepada anak-anak muridnya...Semoga kita juga sudah jelas dengan 'mesej' yg ingin disampaikan. Sesungguhnya itulah tugas seorang GURU...sentiasa menyampaikan sesuatu yang berguna untuk anak-anak muridnya...memberi bekalan ilmu kepada anak murid-muridnya untuk mengharungi kehidupan dikemudian hari...besar jasa seorang GURU untuk setiap insan dimuka bumi ini...SELAMAT HARI GURU!
Terima Kasih buat almerbaui (Penggebang Setia)
Kisah seorang GURU dan murid-muridnya
Reviewed by ILOVEPAHANG
on
May 16, 2011
Rating:
1 comment:
Best
Post a Comment